Piala Dunia Esukan yang dianjurkan oleh EWC Foundation, ESL FACEIT Group dan Hero Esports kembali lagi untuk tahun kedua. Seperti penganjuran pada tahun lepas, ia berlangsung di Riyadh, Arab Saudi bermula pada pada 8 Julai dan berlanjutan sehingga 24 Ogos 2025.

Piala Dunia Esukan 2025 ini melibatkan 24 permainan dan 25 kejohanan yang secara keseluruhannya menawarkan hadiah terkumpul $70 juta atau lebih kurang RM300 juta termasuk juga untuk Club Championship yang akan dimenangi oleh organisasi dengan keputusan terbaik merentasi kesemua kejohanan.

Selepas 25 kejohanan selesai dipertandingkan, Team Falcons sekali lagi menjadi juara untuk Piala Dunia Esukan apabila mengumpul 5200 markah, selaku juara mereka membawa pulang $7 juta. Team Liquid walaupun memenangi tiga kejohanan terpaksa berpuas hati di tempat kedua selepas mendapat 4200 markah dan membawa pulang $4 juta dan Team Vitality di tempat ketiga membawa pulang $3 juta.

Senarai permainan untuk tahun ini memperlihatkan dua permainan tidak kembali iaitu Call of Duty: Modern Warfare III dan Fortnite. Manakala terdapat lima permainan baharu yang disertakan iaitu Call of Duty: Black Ops 6, Chess, CrossFire, Fatal Fury: City of the Wolves dan Valorant.

Berikut merupakan kejohanan di Piala Dunia Esukan 2025 dan senarai pemenang:

Rennsports

  • Kejohanan: Rennsports RT 2025 Spring
  • Tarikh: 8 – 11 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $500 ribu
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Team Redline

Valorant

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 8 – 13 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1.25 Juta
  • Wakil Malaysia: d4v4i (Paper Rex)
  • Juara: Team Heretics

Dota 2

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 8 – 19 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $3 juta
  • Wakil Malaysia: Ws (Talon Esports)
  • Juara: Team Spirit

Fatal Fury: City of the Wolves

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 10 – 12 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: G01 (DetonatioN FocusMe)

Apex Legends

  • Kejohanan: ALGS: 2025 Midseason Playoff
  • Tarikh: 10 – 13 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $2 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: VK Gaming

Mobile Legends

  • Kejohanan: MLBB Mid Season Cup 2025
  • Tarikh: 10 Julai – 2 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $3 juta
  • Wakil Malaysia: Selangor Red Giants OG Esports, HomeBois
  • Juara: Team Liquid PH
  • Kejohanan: MLBB Women’s Invitational 2025
  • Tarikh: 15 – 19 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $500 ribu
  • Wakil Malaysia: NAVI MY, Aria(Gaimin Gladiators)
  • Juara: Team Vitality

Honor of Kings

  • Kejohanan: HoK World Cup 2025
  • Tarikh: 15 – 26 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $3 juta
  • Wakil Malaysia: Nova Esports, Black Shrew Esport, Alpha Gaming, Lu (Kagendra), GuiYu (Dominator Esports), TianX (Dominator Esports), ZhanQ (Team Vitality)
  • Juara: AG.AL International

Free Fire

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan
  • Tarikh: 16 – 20 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Nokii (ONIC Olympus)
  • Juara: EVOS Esports

League of Legends

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan
  • Tarikh: 16 – 20 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $2 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Gen.G Esports

StarCraft II

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan
  • Tarikh: 22 – 25 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $700 ribu
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Serral (Balistik)

Call of Duty: Black Ops 6

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan
  • Tarikh: 24 – 27 Julai 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1.8 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Optic Gaming

PUBG Mobile

  • Kejohanan: PUBG Mobile Piala Dunia 2025
  • Tarikh: 25 Julai – 3 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $3 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Yangon Galacticos

Catur

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 29 Julai – 1 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1.5 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Magnus Carlsen (Team Liquid)

Overwatch 2

  • Kejohanan: OWCS Midseason Championship 2025
  • Tarikh: 31 Julai – 3 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Team Falcons

Rainbow Six Siege X

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 5 – 9 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $2 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Team Secret

Call of Duty: Warzone

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 6 – 9 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Twisted Minds

EA Sports FC 25

  • Kejohanan: FC Pro 25 World Championship
  • Tarikh: 7 – 10 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: ManuBachoore (Team Liquid)

Teamfight Tactics

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 11 – 15 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $500 ribu
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Weibo Gaming

PUBG: Battlegrounds

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 12 – 16 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $2 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Twisted Minds

Tekken 8

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 13 – 16 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Ulsan (Freecs)

Rocket League

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 14 – 17 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Sphinx (Virtus.pro)
  • Juara: Karmine Corp

CrossFire

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 19 – 23 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $2 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: AG.AL International

Street Fighter 6

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 20 – 23 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: Xiaohai (KuaiShou Gaming)

Counter-Strike 2

  • Kejohanan: Piala Dunia Esukan 2025
  • Tarikh: 20 – 24 Ogos 2025
  • Hadiah Terkumpul: $1.25 juta
  • Wakil Malaysia: Tiada
  • Juara: The MongolZ

Yayasan Piala Dunia Esukan telah mengesahkan penganjuran Piala Dunia Esukan 2026 juga telah disahkan dengan kebanyakan kejohanan juga akan kembali dengan senarai penuh akan diumumkan kemudian. Selain itu, mereka juga telah mengumumkan kejohanan baharu iaitu Esports Nations Cup yang akan dianjurkan setiap dua tahun bermula pada November 2026.

Tahniah kami ucapkan kepada semua pemenang.

Gambar: EWC

Leave a Reply