Ulsan atau nama sebenar belia Lim Soo-hoon mengulangi prestasi beliau di Piala Dunia Esukan 2024 apabila sekali lagi menjadi juara Piala Dunia Esukan 2025 untuk kejohanan Tekken 8. Ulsan bermula kejohanan ini dengan baik apabila tidak mempunyai masalah untuk melayakkan diri ketika Fasa Pertama.

Berbeza di Fasa Kedua, apabila dia tewas di pusingan pembukaan dan terpaksa menghadapi Arslan Ash iaitu pemain kegemaran untuk memenangi kejohanan ini selepas kejuaraannya di EVO 2025 baru-baru ini, akan tetapi Ulsan berjaya mengalahkan Arslan dna kemduia kkokkoma untuk melayakkan diri ke fasa ketiga.

Di Fasa Ketiga, Ulsan mengalahkan Pinya, CBM dan juga LowHigh di peringkat akhir untuk menjadi juara keseluruhan. Selaku juara, Ulsan membawa pulang hadiah tunai $250 ribu dan juga 1000 Club Points untuk Freecs iaitu pasukan yang diwakilinya.

LowHigh di tempat kedua membawa pulang $130 ribu, diikuti CBM $70 ribu dan Jeon DDing di tempat keempat membawa pulang $50 ribu.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply