Pasukan dari China, Weibo Gaming telah memenangi kejohanan Teamfight Tactics di Piala Dunia Esukan dengan rekod bersih tanpa kalah. Mereka memenangi kedua-dua perlawan di Peringkat Kumpulan sebelum mengalahkan semua lawan mereka di Peringkat Playoff.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah tunai $150 ribu dan juga 1000 Club Points. Salah seorang pemain mereka iaitu Saopimi juga memenangi MVP untuk Peringkat Akhir dan membawa pulang $10 ribu sebagai pencapaian individu.

Di Peringkat Akhir mereka mengalahkan Virtus.Pro yang mengalahkan juara tahun lepas iaitu Wolves Esports di Peringkat Playoff. Selaku naib juara mereka membawa pulang hadiah tunai $70 ribu dan juga 750 Club Points.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply