Seperti yang dijangkakan, pasukan dari Kings Pro League (KPL) telah memenangi Honor of Kings World Cup 2025 iaitu AG.AL International selepas persaingan sengit menentang satu lagi pasukan daripada KPL iaitu TT Global.

TT Global walaupun tewas pusingan pertama, terlebih dahulu mendapat ‘match point’ apabila memenangi tiga pusingan berturut-turut, akan tetapi satu lagi kemenangan yang diperlukan mereka tidak tiba dengan AG.AL berjaya untuk bangkit dan memenangi tiga pusingan berikutnya.

Selaku juara, AG.AL membawa pulang hadiah tunai $750 ribu bersama dengan 1000 Club Points. Manakala TT Global selaku naib juara membawa pulang $460 ribu. Di hari yang sama, wakil Malaysia iaitu Nova Esports mudah mengalahkan Twisted Minds untuk mendapat tempat ketiga dan membawa pulan $310 ribu.

Honor of Kings World Cup 2025 dianjurkan bersama dengan Piala Dunia Esukan 2025 di Riyadh, Arab Saudi. Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply