The MongolZ akhirnya menamatkan badi mereka di Peringkat Akhir pada tahun ini apabila memenangi kejohanan Counter-Strike 2 di Piala Dunia Esukan 2025 selepas mengalahkan Aurora Gaming dengan skor 3-0.

Ini merupakan Peringkat Akhir ketiga untuk The MongolZ tetapi terpaksa berpuas hati di tempat kedua sahaja termasuk juga baru-baru ini ketika kejohanan Blast Bounty Fall 2025. Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah tunai $500 ribu dan 1000 Club Points.

Manakala Aurora Gaming selaku naib juara mendapat $230 ribu. Pasukan tuan rumah iaitu Team Falcons juga menebus kekecewaan mereka tewas kepada Aurora Gaming di peringkat separuh akhir dengan mengalahkan Team Vitality untuk mendapat tempat ketiga. Team Falcons membawa pulang $130 ribu dan $70 ribu untuk Team Vitality.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply