Pesaingan di antara dua pasukan dari Arab Saudi iaitu Twisted Minds dan Team Falcons di dalam Call of Duty: Warzone di Piala Dunia Esukan 2025 berakhir dengan Twisted Minds menjadi juara keseluruhan manakala juara tahun lepas, Team Falcons terpaksa berpuas hati di kedudukan keenam sahaja.

Twisted Minds yang terdiri daripada pemain dari Eropah, bermain dengan cemerlang untuk mendapat tempat ketiga di peringkat Kumpulan, manakala di Peringkat Akhir mereka bersama dengan pasukan Virtus.Pro terlebih dahulu mencapai Match Point iaitu di pusingan kelapan.

Di pusingan kesembilan, dua lagi pasukan mencapai Match Point iaitu 100 Thieves dan juga Team Falcons, namun Twisted Minds tidak memberi peluang untuk mana-mana team lain mengambil kesempatan Match Point mereka apabila mendapat tempat pertama di Pusingan ke-10 dan sekali gus menjadi juara bagi kejohanan ini.

Selaku juara, mereka membawa pulang hadiah tunai $250 ribu dan juga 1000 Club Points. Mengikut pemarkahan pasukan Gentle Mates mendapat tempat kedua dan membawa pulang $150 ribu dan diikuti dengan Virtus.Pro yang mendapat $100 ribu.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply