Xiaohai sekali membuktikan yang beliau merupakan jaguh di dalam permainan Street Fighter 6 apabila mengulangi kejuaraan pada Piala Dunia Esukan tahun lepas, di temasya kali ini. Beliau mengalahkan Blaz iaitu pemain dari Chile melalui satu pusingan sengit sebelum menang dengan skor 5-4.

Selaku juara Xiaohai membawa pulang hadiah tunai $250 ribu, 1000 Club Points untuk KuaiShou Gaming iaitu pasukan yang diwakilinya dan juga slot untuk ke Capcom Cup 12 yang akan berlangsung pada bulan Mac tahun depan.

Blaz yang berada di tempat kedua membawa pulang $130 ribu diikuti Leshar dengan $75 ribu di tempat ketiga dan AngryBird di tempat keempat membawa pulang $45 ribu.

Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.

Gambar: EWC

Leave a Reply