ManuBachoore atau nama sebenar beliau Manuel Bachoore dari Belanda telah menjuarai FC Pro 25 World Championship yang dianjurkan bersama dengan Piala Dunia Esukan. ManuBachoore mengalahkan Brice dari Perancis di Peringkat Akhir dengan skor 5-3.

Sebelum ke peringkat Playoff, ManuBachoore menjadi pemain terbaik bagi Kumpulan F selepas mengalahkan ChrisdeBoer dan Rampazzo. Di peringkat Playoff, beliau mengalahkan LJR Peixoto, Jonny, dan GuiBarros sebelum ke peringkat Akhir.
Selaku juara, ManuBachoore membawa pulang hadiah tunai $250 ribu dan menyumbangkan 1000 Club Point untuk pasukan yang diwakilinya iaitu Team Liquid dan membantu untuk pasukan tersebut berada di tempat pertama buat masa ini bagi Piala Dunia Esukan.

Brice di tempat kedua membawa pulang $150 ribu, diikuti Levi de Weerd di tempat ketiga GuiBarros di tempat keempat dan masing-masing membawa pulang hadiah tunai $70 ribu.
Anda boleh lihat senarai kejohanan untuk Piala Dunia Esukan dan jadual di pautan berikut – Senarai Kejohanan Di Piala Dunia Esukan 2025 – Hadiah Terkumpul RM300 Juta.
Gambar: EWC


