Seperti yang dijanjikan, tahun ini Netflix Games akan menawarkan 40 permua tahun ini dan kesemuanya sudah boleh dimainkan. Terdapat 86 permua secara keseluruhan termasuk dengan GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas. Pada masa yang sama Netflix turut memaklumkan yang 90 lagi permua kini dalam pembangunan.

Netflix turut berkongsi perkembangan beberapa permua yang bakal tiba seperti Cozy Grove: Camp Spirit iaitu sekuel Cozy Grove oleh studio Spry Fox yang kini dimiliki Netflix. Kemudian adalah FashionVerse, permua 3D menjadi pereka fesyen. Seterunya permua simulasi pembangunan permainan video dengan memiliki studio sendiri iaitu Game Dev Tycoon dan juga Sonic Mania Plus versi permua selepas versi konsol dan PC diperkenalkan pada tahun 2018.

Berikut adalah senarai permua lain yang akan tiba tahun 2024;
- Braid, Anniversary Edition (30 April)
- Chicken Run: Eggstraction
- The Dragon Prince: Xadia
- Dumb Ways to Survive
- Hades
- Harmonium: The Musical
- Katana Zero
- Money Heist: Ultimate Choice (4 Januari)
- Monument Valley 1 & 2
- Netflix Stories: Virgin River
- Paper Trail
- The Rise Of The Golden Idol
- Rebel Moon oleh Super Evil Megacorp, permua 4 pemain dalam mesta sama dalam filem.
- Squid Game berdasarkan siri K-Drama popular Netflix, pemain bertanding dengan pemain lain dalam permainan sama dalam K-Drama.

Setiap permua ini hanya boleh dimainkan jika pengguna melanggan Netflix. Buat masa ini fokus permua masih terhad kepada peranti mudah alih seperti telefon dan tablet, sementara versi TV dan web masih dalam ujian. Netflix turut akan menyarankan pengguna permua berdasarkan aktiviti pengguna dalam platform penstriman ini.
Sama-sama kita nantikan lebih banyak permua yang akan tiba.


