Cozy Grove Akan Tiba Untuk Apple Arcade Hujung Minggu Ini

Apple telah mengumumkan yang permainan pengembaraan dengan rekaan grafik unik Cozy Grove akan tiba pada 19 Mac untuk pelanggan Apple Arcade ataupun Apple One. Ia adalah permainan oleh Spry Fox yang sebelum ini mengeluarkan permainan seperti Triple Town, Road Not Taken dan Alphabear.

Di dalam permainan ini, pemain boleh mengembara di pulau, membina kem dan juga mencari rakan dari kalangan penduduk di pulau tersebut. Ia juga akan menyertakan penceritaan melalui pelbagai spirit yang hadir di dalam permainan. Selain itu, pemain juga boleh mengumpul binatang, mencipta hiasan, menangkap ikan dan pelbagai lagi. Dengan dunia yang akan direka secara rawak ia akan membawa pengalaman berbeza untuk setiap pemain.

Cozy Grove juga diumumkan untuk konsol dan PC tetapi buat masa ini tidak disahkan jika ia akan turut tiba pada tarikh yang sama.

Apple Arcade ditawarkan dengan harga RM19.90 yang boleh dikongsi dengan 5 orang keluarga, ia juga boleh diperoleh melalui langganan Apple One yang juga menyertakan Apple Music dan Apple TV+ dengan hargam RM19.90 untuk pelan individu dan RM33.90 untuk pelan keluarga.

Sohor Kini