Pembangun permua Vainglory iaitu Super Evol Megacorp akan bekerjasama dengan Netflix untuk membangunkan satu permua eksklusif Netflix Games.

Kristian Segerstrale iaitu CEO Super Evil Megacorp memberitahu ketika sesi telesidang Netflix Games minggu lalu yang mereka sedang sibuk membangunkan permua berdasarkan sebuah IP popular Netflix. Apabila ditanya, beliau masih merahsiakan IP mana yang telah dipilih sebagai permua ini.

Seperti permua mereka yang lain, permua ini turut akan menggunakan enjin permainan sendiri iaitu EVIL Engine. Permua ini nanti akan menawarkan pengalaman permainan yang unik dan berinovasi selain mengembangkan dunia IP Netflix.

Apakah permua ini? Adakah ia akan sama seperti Vainglory dengan format MOBA? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini