GTA III, Vice City Dan San Andreas Akan Tiba Di Netflix Bulan Depan

Netflix telah mengumumkan yang tiga permainan Grand Theft Auto iaitu GTA III, GTA Vice City dan GTA San Andreas akan disertakan sebagai permainan yang ditawarkan di dalam perkhidmatan tersebut bermula pada 14 Disember 2023.

Ketiga-tiga permainan ini merupakan sebahagian daripada Grand Theft Auto: The Trilogy – The Definitive Edition yang dilancarkan untuk konsol dan juga PC pada 2 tahun yang lepas. Dengan penawaran oleh Netflix ini, ia juga akan tiba untuk peranti pintar.

Mereka juga telah mengumumkan yang permainan-permainan ini menyokong kawalan menggunakan skrin sesentuh dan juga alat kawalan yang disokong oleh peranti pintar.

Sohor Kini