Monument Valley 1 Dan 2 Akan Tiba Di Netflix Pada Tahun 2024

Banyak perkara menarik telah Netflix kongsi berkenaan perkembangan Netflix Games. Ketika sesi telesidang minggu lepas, CEO UsTwo Games iaitu Maria Sayans turut berkongsi sesuatu yang menarik.

UsTwo Games bagi yang tidak tahu adalah pembangun di sebalik permua Monument Valley dan Desta: The Memories Between.

Monument Valley dan Monument Valley 2 menurut Sayans akan tiba ke Netflix Games bermula tahun 2024 nanti. Ini bermakna tahun hadapan pelanggan Netflix boleh main permua ini tanpa membayar RM15.99. Bukan itu sahaja, pada Monument Valley pertama nanti semua belian dalam permua yang bernilai RM7.93 turut akan menjadi percuma jika sudah melanggan Netflix.

Dua permua ini telah pun saya beli, tetapi tidak membeli bab baharu dalam permainan pertama mereka. Saya amat minat akan permua ini kerana menggunakan tekaria kompleks dengan konsep ilusi optikal. Tidak sabar untuk main versi penuh pada tahun hadapan nanti.

Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini