Netflix Mengambil-Alih Studio Permainan Video Spry Fox

Netflix sekarang sedang serius dalam arena permainan video. Bulan lepas, mereka telah menubuhkan studio khusus untuk pembangunan platform penstriman permainan video. Mereka turut telah mengambil-alih beberapa studio pembangunan permainan video bagi merealisasikan cita-cita mereka.

Terkini, Netflix mengumumkan yang satu lagi studio permainan video telah diambil-alih oleh mereka iaitu Spry Fox.

Spry Fox adalah pembangun di sebalik Triple Town, Alphabear, dan Cozy Grove yang menggunakan rekaan comel, berwarna-warni dan menawarkan bentuk permainan yang ringkas. Menurut Netflix, Spry Fox akan membantu mereka mengembangkan lagi pembangunan permainan video tersendiri mereka di dalam genre yang digemari ramai.

Sohor Kini