Skip to main content

Francais filem Fast & Furious atau Fast Saga akan tamat dengan filem kesebelas. Filem kesepuluh mereka, iaitu Fast X akan mempunyai dua bahagian dengan bahagian pertama akan ditayangkan pada 23 April 2023.

Filem Fast X akan diarahkan oleh Louis Terrier (The Incredible Hulk, Transporter), selepas Justin Lin tarik diri kerana bergaduh dengan Vin Diesel. Fast X akan menyertakan Jason Momoa dan Brie Larson, serta mempunyai ahli keluarga baharu iaitu nenek Dominic Toretto lakonan Rita Moreno.

Laporan terkini daripada Business Insider, menyatakan yang Universal Pictures ingin hadir dengan filem sampingan Fast & Furious. Kenyataan ini diberikan oleh Donna Langley, ketua filem Universal Pictures dan beliau turut memberitahu idea filem ini disokong oleh Vin Diesel.

Michelle Rodriguez, Jordana Brewster, Nathalie Emmanuel, Charlize Theron, Helen Mirren, Brie Larson dan ramai lagi adalah antara pelakon wanita dalam filem ini. Mungkin salah seorang daripada mereka boleh mempunyai filem tersendiri yang berlaku dalam dunia Fast & Furious.

Filem sampingan lain dalam Fast & Furious adalah Hobbs & Shaw, iaitu filem yang dikatakan punca Vin Diesel bergaduh dengan Dwayne Johnson.

Leave a Reply