Skip to main content

Justin Lin baru-baru ini membuat kejutan apabila mengumumkan beliau menarik diri daripada mengarah filem Fast 10, walaupun penggambaran untuknya baru sahaja bermula seminggu yang lepas. Justin Lin telah mengarah

Berdasarkan laporan oleh The Hollywood Reporter, Justin Lin telah mengarah 5 filem di dalam siri Fast & Furious, iaitu The Fast and the Furious: Tokyo Drift, Fast & Furious, Fast Five, Fast & Furious 6, Furious 7 dan F9.

Berdasarkan laporan oleh The Hollywood Reporter, Justin Lin mengambil keputusan untuk menarik diri kerana masalah produksi yang sering bertukar, walaupun dipertanggungjawabkan untuk menulis filem Fast 10 akan tetapi dikatakan ia sering ditukar, bahkan skrip dihantar kepada penulis lain untuk meningkatkan kualitinya.

Selain itu, Justin Lin juga dikatakan bergaduh Vin Diesel di dalam satu perbincangan yang dikatakan mengakibatkan “pintu ditutup dengan kuat”. Justin Lin dan Vin Diesel tidak memberi kenyataan mengenai perkara ini manakala Universal mengatakan sebarang masalah yang timbul adalah diantara Justin Lin dan studio produksi dan bukan dengan mana-mana pelakon ataupun krew.

Fast X ataupun Fast 10 akan ditayangkan sekitar tahun 2023.

Leave a Reply