Jason Momoa Akan Menyertai Filem Fast & Furious 10

Walaupun filem Fast & Furious atau kini digelar sebagai francais The Fast Saga menjadi semakin mengarut, dengan aksi gila yang tidak masuk akal – filem ini masih ada peminatnya. Dengan fokus kepada “keluarga”, filem F9: The Fast Saga sebelum ini memperlihatkan konflik baru yang Dom ada ahli keluarga lain pula.

Tetapi satu ahli keluarga telah hilang, iaitu Dwayne Johnson yang melakonkan watak Luke Hobbs. Selepas pertelingkahan dengan Vin dan kegagalan beliau cuba pujuk Dwayne kembali namun ditolak kerana menurut Dwayne Vin memanipulasi perkara sebenar.

Terkini akaun Twitter The Fast Saga telah mengesahkan yang Jason Momoa akan menyertai sekuel Fast 9 iaitu Fast 10. Namun butiran mengenai watak beliau masih belum pasti. Sumber menyatakan, Jason boleh menjadi kedua-dua watak protagonis dan juga antagonis.

Siapa lagi yang akan terlibat dengan Fast 10 masih belum jelas, begitu juga dengan jalan ceritanya. Kita mungkin akan ketahui lanjut dalam masa terdekat. Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 19 Mei 2023 akan datang. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini