Dengan Justin Lin menarik diri daripada mengarah filem kedua terakhir untuk siri Fast & Furious, Universal perlu mencari pengarah baharu dengan cepat kerana produksi juga baru sahaja bermula. Melalui beberapa laporan, Louis Leterrier adalah pilihan utama untuk mengarah filem tersebut.

Louis Leterrier sebelum ini mengarah filem The Transporter, Transporter 2, The Incredible Hulk , Clash of the Titans dan Now You See Me. Beliau juga mengarah siri TV seperti The Dark Crystal: Age of Resistance, dan Lupin.

Buat masa ini, Universal tidak mengeluarkan sebarang kenyataan rasmi mengenainya kerana mereka dikatakan masih lagi di dalam perbincangan dengan Louis Leterrier terutama untuk melihat jadual beliau.

Fast X ataupun Fast 10 akan ditayangkan sekitar tahun 2023.

Sohor Kini