Filem terakhir yang melibatkan Dwayne Johnson ataupun The Rock di dalam francais Fast & Furious adalah Hobbs & Shaw yang dikeluarkan pada tahun 2019. Selepas itu, Beliau dan Vin Diesel dikatakan tidak sependapat dan Dwayne Johnson tidak lagi terlibat dengan mana-mana filem francais tersebut.

Vin Diesel baru-baru ini telah melakukan satu perkongsian di Instagram yang mengatakan Dwayne Johnson sepatutnya kembali untuk dua filem terakhir Fast & Furious kerana ia adalah mungkin filem terakhir untuk francais tersebut.

Melalui temubual bersama CNN, Dwayne Johnson mengatakan yang beliau telah berbincang secara peribadi dengan Vin Diesel dan juga pihak Warner Bros dan mereka sepatutnya menyedari yang beliau tidak akan kembali ke filem tersebut dan ia tidak mungkin akan berlaku.

Dwayne Johnson juga mengatakan yang Vin Diesel cuba memanipulasi keadaan dengan kenyataan yang dikeluarkan dan menegaskan yang beliau tidak sepatutnya melibatkan Paul Walker di dalam perkara ini dan sebarang perbincangan seharusnya dilakukan secara tertutup.

Filem terbaru untuk francais ini iaitu F9 telah ditayangkan pada tahun ini dengan kutipan mencecah $700 juta secara global. Sebagai penutup, filem terakhir akan mempunyai dua bahagian yang dijangka akan tiba pada tahun 2023 dan 2024.

Sohor Kini