Fast 10 adalah filem sekuel seterusnya untuk francais Fast & Furious yang mana kini digelar sebagai The Fast Saga. Filem ini walaupun sudah lari daripada tema lumba haram dan lebih kepada aksi gila dengan tema menyelamatkan dunia – masih berpegang dengan konsep ”keluarga”.

Vin Diesel iaitu pelakon utama sebagai Dom yang juga merupakan penerbit francais filem ini telah merekrut pelbagai pelakon adiwira untuk menyertai filem beliau yang terkini Fast 10. Sebelum ini, Aquaman iaitu Jason Momoa telah dipilih. Terkini, Brie Larson pula iaitu pelakon Captain Marvel telah dipilih untuk menyertai keluarga Fast & Furious ini.

Watak lakonan Brie Larson untuk filem ini masih dirahsiakan. Begitu juga dengan Jason Momoa. Namun tidak terkejut jika beliau adalah ahli keluarga ”rahsia” yang belum didedahkan yang akan muncul secara tiba-tiba atau seseorang yang rapat dengan watak utama lain seperti John Cena sebelum ini yang merupakan adik ”rahsia” Dom.

Filem ini dijadualkan untuk ditayangkan pada 19 Mei 2023.

Sohor Kini