Skip to main content

Fast & Furious ataupun judul untuk filem seterusnya iaitu Fast X adalah satu filem yang sentiasa memfokuskan keluarga, oleh itu tidak mengejutkan apabila Deadline telah melaporkan yang filem tersebut akan menambah seorang lagi ahli keluarga iaitu nenek kepada Dominic Toretto dan ia akan dilakonkan oleh Rita Moreno.

Rita Moreno juga membuat penampilan di dalam satu video bersama dengan Vin Diesel bersempena dengan minggu keenam untuk penggambaran bagi filem baharu tersebut. Rita Moreno sebelum ini terlibat dengan filem West Side Story, Play it by Ear dan pelbagai siri TV.

Fast X sebelum ini mengalami sedikit masalah apabila pengarah iaitu Justin Lin menarik diri selepas dikatakan berlaku perselisihan idea dengan Vin Diesel dan Louis Leterrier diumumkan sebagai pengganti.

Leave a Reply