Fast 9 suda pun ditayangkan di pawagam terpilih dan boleh disewa atau dibeli secara digital. Ia adalah filem kesembilan dalam saga The Fast Saga. Filem-filem Fast and Furious bermula dengan filem lumba haram, beralih menjadi filem, rompakan ke filem adiwira dan yang terkini bertemakan angkasa.

Walaupun pelbagai tema, “keluarga” masih lagi menjadi elemen penting dalam filem-filem ini. Terkini, mereka sudah mengesahkan yang filem kesepuluh akan ditayangkan pada 23 April 2023.

Filem ini juga sudah disahkan akan tamat dengan filem kesebelas. Filem kesepuluh ini masih tiada butiran lagi, sama ada siapakah pelakon baru yang akan terlibat, siapakah pelakon lama kembali dan apakah jalan ceritanya. Apa yang pasti adalah, filem kesepuluh ini akan tergantung dan dipecahkan kepada dua. Bahagian kedua adalah penamat.

Sohor Kini