Warner Bros. Disocvery hari ini telah mempunyai Kevion Feige mereka sendiri iaitu James Gunn dan Peter Safran. Mereka akan mengetuai DC Studios, bagi mengendalikan pelbagai projek dan filem yang akan berkait antara satu sama lain dalam DC Universe atau DCU.

THR turut melaporkan yang DC tidak akan mengikut secara terus strategi yang Disney dan Marvel lakukan pada MCU, sebaliknya akan kekal dengan projek-projek yang berada dalam dunia tersendiri. Misalnya, filem Joker: Folie à Deux lakonan Joaquin Phoenix dan Lady Gaga yang diarahkan oleh Todd Philips tidak akan dipantau oleh James Gunn di bawah DC Studios. Tetapi Philips akan melaporkan terus kepada David Zaslav.

Untuk filem-filem dan siri TV dalam dunia The Batman arahan Matt Reeves pula, ia masih tidak pasti akan dipantau oleh DC Studios ataupun tidak. Batman lakonan Robert Pattinson ini akan mempunyai sekuel dan pelbagai filem dan siri TV sampingan.