Matt Reeves iaitu pencipta filem The Batman tidak dinafikan bangga dengan kejayaan filem DC beliau dan telah menandatangani perjanjian jangka masa panjang bersama Warner Bros. Discovery. Beliau kii sedang sibuk mengembangkan dunia Gotham dengan sekuel Batman serta siri sampingan The Penguin. Kini beliau dikatakan turut dalam perancangan awal untuk hadir dengan beberapa filem solo penjahat Gotham seperti Scarecrow, Clayface atau juga Professor Pyg.

Bulan Mac tahun lepas, J.J. Abrams dilaporkan sedang membangunkan satu filem solo Superman baharu dan ia akan berlaku di luar kesinambungan dunia DCEU. Filem Superman ini mungkin akan menyertakan kisah berbeza dengan apa yang kita kenal, kerana ia besar kemungkinan adalah mengenai Superman yang berkulit gelap. Filem ini akan menjadi satu projek tersendiri seperti filem Joker. Sementara projek J.J. Abrams yang lain seperti Constantine dan Zatanna yang sudah dihentikan oleh WBD akan diteruskan ke platform penstriman lain.

Sohor Kini