Skip to main content

CinemaCon 2022 sedang berlangsung. Semalam Sony telah mengumumkan pelbagai filem baharu dan kemaskini mengenai projek-projek mereka.

Terkini penerbit, penulis dan pengerusi Warner Bros. Discovery mengumumkan yang Matt Reeves akan kembali sebagai pengarah untuk sekuel filem The Batman.

Filem The Batman menarih kutipan melebihi $750 juta dan menerina maklum balas yang agak baik. Robert Pattinson sebagai Bruce Wayne dan Batman turut membawakan prestasi menakjubkan.

Dalam filem pertama, telah pun diacah akan ada watak Joker lakonan Barry Keoghan,  Hush, atau mungkin juga Bane. Jadi mereka ada potensi untuk muncul dalam sekuel. Courts of Owl, iaitu organisasi orang kaya yang mengawal bandar Gotham juga ada potensi memainkan peranan.

Projek dalam dunia sama The Batman lain adalah siri sampingan memfokuskan Penguin serta siri Arkham yang menggantikan Gotham Year 0. Sama-sama kita nantikan.

Leave a Reply