Todd Philips akan hadir dengan filem Joker 2: Folie À Deux. Menariknya Joaquin Phoenix akan kembali sebagai Joker atau Arthur Fleck. Filem ini dikhabarkan akan melibatkan elemen muzikal.

Deadline melaporkan yang filem ini akan diteruskan dan tidak terlibat dengan projek yang Warner Bros. Discovery batalkan. Filem ini dikatakan akan ditayangkan pada 4 Oktober 2024.

Folie À Deux adalah bahasa Perancis yang bermaksud penyakit mental yang melibatkan dua atau lebih individu. Filem ini dilaporkan akan berlaku di satu lokasi ikonik dalam dunia DC di bandar Gotham. Lokasi ini adalah Arkham Asylum yang kita dapat lihat dalam filem pertama ketika Arthur curi dokumen dan di adegan akhir filem tersebut.

Buat masa ini, jalan cerita dan senarai pelakon penuh masih belum didedahkan lagi. Filem ini dilaporkan akan memulakan penggambaran pada Disember akan datang.

Sohor Kini