Semalam Deadline telah melaporkan yang filem Joker 2 akan ditayangkan pada 4 Oktober 2024. Filem sekuel ini iaitu Joker: Folie à Deux akan berlaku dalam Arkham Asylum dan memfokuskan kepada dua orang penyakit mental kerana Folie à Deux bermaksud penyakit mental yang melibatkan lebih dari seorang.

Joaquin Phoenix akan kembali sebagai Arthur Fleck/Joker sementara Lady Gaga disahkan akan berlakon dalam filem ini. Watak Lady Gaga tidak didedahkan lagi, tetapi sebelum ini beliau dikatakan akan membawa watak Harley Quinn.

Filem sekuel Joker ini dikhabarkan akan menggunakan elemen muzikal. Dengan video acah yang Lady Gaga kongsi dengan muzik latar Cheek to Cheek nyanyian Fred Astaire dan Ginger Rogers, ia memberi petanda lagi yang filem Joker 2 akan memfokuskan kisah cinta Joker bersama Harley Quinn.

Apakah jalan cerita filem ini dan siapa lagi yang akan terlibat? Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini