Deadline telah melaporkan yang Matt Reeves bersama dengan syarikat produksinya iaitu 6th & Idaho menjadi pencipta pertama yang menandatangani perjanjian jangka panjang bersama dengan Warner Bros di bawah pengurusan baharu.

Melalui perjanjian ini, sebarang projek akan datang oleh Matt Reeves dan 6th & Idaho akan diperlihatkan terlebih dahulu kepada studio-studio di bawah Warner Bros Discovery seperti Warner Bros. Pictures, New Line Cinema, Warner Animation Group dan sebarang filem berdasarkan DC.

Matt Reeves sebelum ini bersama dengan Warner Bros sebagai pengarah untuk filem The Batman lakonan Robert Pattinson yang menjadi antara projek dipuji oleh pihak pengurusan baharu Warner Bros Discovery dan telah disahkan akan menerima filem susulan sebelum ini.

Selain itu, 6th & Idaho juga terlibat dengan projek bersama Warner Bros. Television Group untuk siri TV The Penguin iaitu siri sampingan untuk The Batman yang akan memperlihatkan Colin Farrel kembali sebagai Oswald Cobblepot dan Batman Arkham juga sedang di dalam perancangan.

Sohor Kini