DCEU Dijenamakan Semula Sebagai DCU – DC Universe

Sebentar tadi, telah kami melaporkan yang DC Films diubah kepada DC Studios dan James Gunn serta Peter Safran akan menjadi “Kevin Feige” untuk filem dan siri TV DC. Dalam laporan yang sama oleh The Hollywood Reporter, CEO WBD iaitu David Zaslav tidak lagi menggunakan gelaran DCEU untuk projek-projek mereka.

Sebaliknya, DCEU kini telah menjadi DCU atau nama penuh DC Universe. Penggunaan DC Universe turut boleh dilihat dalam promosi filem Black Adam, seperti yang Dwayne Johnson gunakan untuk menyatakan filem Black Adam adalah filem pertama dalam Fasa 1 DC Universe.

Ini jelas sekali adalah salah satu strategi WB untuk perancangan 10 tahun mereka untuk hadir dengan lebih banyak filem dan siri TV yang berkait antara satu sama lain dalam dunia yang sama.

Sohor Kini