Skip to main content

Superman: Legacy adalah filem Superman baharu oleh James Gunn untuk fasa pertama DC Universe Chapter One: Gods and Monsters. Hollywood Reporter baru-baru ini telah melaporkan yang beberapa calon pelakon telah pun ditemui dan sedang melakukan sesi uji bakat.

Untuk Clark Kent/Superman dan Lois Lane sumber menyatakan yang Gunn telah memadankan pelakon Nicholas Hoult (Renfield, The Menu) dan Rachel Brosnahan (House of Card, The Blacklist); Tom Brittney (Greyhound, Invasion) dan Phoebe Dynevor (Bridgerton); serta David Corenswet (Pearl) dan Emma Mackey (Barbie). Calon bagi watak antagonis terkenal iaitu Lex Luthor turut dilaporkan telah ditemui mereka adalah Alexander Skarsgård (Godzilla vs Kong, The Northman) dan Bill Skarsgård (Barbarian, John Wick 4).

Gunn turut tegas dalam pemilihan Superman kerana ingin pelakon yang boleh menjadi peladang dari Kansas, wartawan d bandar besar serta adiwira yang gagah perkasa. Keputusan bagi pelakon dilaporkan akan didedahkan tidak lama lagi. Filem Superman: Legacy turut akan dijadualkan untuk ditayangkan pada 11 Julai 2025 dengan penggambaran diharapkan akan bermula pada awal 2024.

Sumber – Hollywood Reporter

Leave a Reply