James Gunn dan Peter Safran hari ini telah mengumumkan perancangan mereka untuk DC Universe dengan mengumumkan lima filem untuk “Chapter One – God and Monster” yang juga boleh dianggap sebagai “Fasa Pertama” untuk permulaan baharu bagi siri filem DC.

Lima filem yang diumumkan adalah Superman Legacy yang akan ditulis oleh James Gunn sendiri, filem Batman & Robin yang baharu – The Brave and the Bold, Swamp Thing, filem memfokuskan kepada Supergirl dan the Authority.

Berikut adalah antara maklumat lanjut mengenai setiap filem yang dikongsi-kan oleh Deadline;

  • Superman Legacy – Permulaan kepada DCU yang baharu ini, buat masa ini hanya disahkan James Gunn akan menulis dengan Peter Safran berharap Gunn juga yang mengarah. Filem ini akan memfokuskan kepada Superman yang masih muda tetapi bukan filem permulaan. Tarikh tayangan adalah 11 Julai 2025.
  • The Brave and the Bold – Filem mengenai Batman bersama dengan anaknya iaitu Damien Wayne yang juga adalah Robin. Filem Batman ini adalah berlainan dengan Batman oleh Matt Reeves yang akan bergerak secara sendiri. Filem ini akan memfokuskan kepada perhubungan di antara Bruce Wayne dan anaknya yang dia tidak sedar kewujudan untuk 8-10 tahun pertama umurnya.
  • Swamp Thing – Memfokuskan kepada kegelapan permulaan untuk watak-watak di dalam filem ini, dan akan mempunyai tonasi yang berlainan dengan filem Superman dan juga Batman.
  • Supergirl: Woman of Tomorrow – Filem ini adalah berdasarkan siri komik oleh Tom King yang dikeluarkan pada tahun lepas. Supergirl berada di Krypton selama 14 tahun dan melihat penduduk di sana mati sebelum dia sendiri datang ke bumi.
  • The Authority – Filem ini memfokuskan kepada The Authority yang dibentuk selepas StormWatch iaitu tentera yang melawan dengan makhluk asing musnah. Kumpulan ini terdiri daripada bekas-bekas StormWatch iaitu Jenny Sparks, Swift, Jack Hawksmoor, Angela Spica (The Engineer), Jeroen Thornedike (Doctor) dan Midnighter.

Mereka juga mengatakan yang perancangan buat masa ini adalah 2 filem setahun dengan filem pertama iaitu Superman Legacy akan tiba pada tahun 2025, dan filem terakhir dijadualkan tiba pada tahun 2027. Jadual ini juga mengambil kira filem-filem lain seperti Batman II oleh Matt Reeves yang dijangka tiba pada 3 Oktober 2025.

Sohor Kini