Superman: Legacy adalah salah satu filem olahan semula Superman yang berada dalam mesta DC Universe (DCU) di bawah DC Studios yang dikendalikan oleh James Gunn dan Peter Safran.
Filem ini adalah filem pertama (rasmi) di fasa pertama DCU iaitu Chapter One – God and Monster. Superman: Legacy akan menceritakan kisah ketika Superman masih muda yang cuba berdamai dengan sejarah Kyrptonian beliau dan menerima kehidupan manusia di bumi sebagai Clark Kent di bandar kecil Smallville.
Terkini Deadline melaporkan secara rasminya, James Gunn akan menjadi pengarah kepada filem yang beliau tulis sendiri. Filem ini akan ditayangkan pada 11 Julai 2025, tetapi masih belum ada senarai pelakon diumumkan lagi.
Sama-sama kita nantikan.