Melalui filling yang dilakukan oleh Dana Pelaburan Awam Arab Saudi, mereka telah menambah pegangan di dalam EA dan juga syarikat induk untuk pembangun Free Fire, Garena iaitu SEA (dilaporkan terlebih dahulu oleh Seeking Alpha).
Menurut filling tersebut, Arab Saudi meningkatkan pegangan di dalam EA daripada 16.01 juta pegangan kepada 24.81 juta pegangan, penambahan yang mencecah 55% – manakala untuk syarikat berasal dari Singapura iaitu SEA mereka menambah dari 239.4 ribu pegangan kepada 833.3 ribu pegangan.
Arab Saudi melalui Dana Pelaburan Awam ini telah melakukan pelbagai pelaburan di dalam industri permainan video termasuk juga untuk bahagian esukan. Mereka telah mendapat pegangan untuk Nintendo, Embracer Group, Capcom serta Nexon – menjadi pemilik penuh untuk SNK dan juga ESL.