Kerajaan Arab Saudi melalui agensi pelaburannya telah sedia melabur pada sejumlah syarikat permainan video, termasuk Nintendo.

Pada awalnya, mereka telah melabur untuk pegangan sebanyak 5.01% pada bulan Mei 2022 lepas, sebelum meningkatkan ia kepada 6.07%.

Terbaru, ia dilaporkan Arab Saudi turut sekali lagi meningkatkan pegangan pada Nintendo, dan kini mempunyai pegangan sebanyak 7.08% pada syarikat permainan popular dari Jepun tersebut.

Arab Saudi dilihat kini sedang mempelbagaikan sumber pelaburan mereka, dan tidak hanya memfokuskan kepada minyak semata-mata. Dibawah perluasan pelaburan ini, salah satu industri yang turut menjadi fokus adalah arena permainan video.

Buat masa ini, Arab Saudi melalui beberapa agensi pelaburan mempunyai pegangan pada syarikat permainan seperti SNK, Take Two, Electronic Arts dan juga Activision Blizzard.

Sohor Kini