Krafton, syarikat induk disebalik permainan popular PUBG hari ini membuat kejutan melalui pelaburan pada luar industri permainan, dengan melabur pada Spoon Labs. Spoon Labs merupakan syarikat berpusat di Korea Selatan, dan memfokuskan kepada penawaran penstriman.

Spoon Labs menawarkan aplikasi audio dinamakan Spoon, dan juga turut menawarkan aplikasi video pendek dinamakan Vigloo yang menghimpunkan sejumlah drama-drama pendek Korea Selatan. Krafton melabur sebanyak KRW 120 bilion (~RM388 juta) ke Spoon Labs ini.

Krafton mengatakan pelaburan ini adalah berasaskan kepada potensi pasaran video drama pendek, selain turut membolehkan mereka memperluaskan IP mereka melaluinya. Selari perkembangan aplikasi seperti TikTok dan Instagram Reels, kini hadir juga beberapa aplikasi pelengkap yang menghimpunkan sejumlah drama pendek yang dilihat mempunyai potensi tinggi untuk dikembangkan lagi.

Leave a Reply