SNK Kini Dimiliki Oleh Arab Saudi

SNK merupakan salah satu pembangun permainan yang popular dengan permainan seperti Metal Slug dan King of Fighters. SNK sebelum ini telah menerima pelaburan daripada Electronic Gaming Development Company (EDGC) yang dimiliki oleh putera Arab Saudi, dan kini pegangan tersebut dipertingkatkan kepada 96.18%.

Pada peringkat permulaan, pada November 2020 lepas, pegangan sebanyak 33.3% telah dibeli, dan ia seterusnya ditingkatkan.

Dengan langkah ini, ia dilihat Arab Saudi sedang secara serius melihat kepada mempelbagaikan pegangan mereka dalam syarikat portfolio – terutamanya permainan.

Selain pada SNK, Arab Saudi juga turut telah melabur untuk pegangan pada Capcom, Electronic Arts dan juga Nexon.

Mungkinkah dengan pelaburan demi pelaburan, kita akan melihat Arab Saudi menjadi seperti Tencent dalam mempunyai pegangan pada pelbagai syarikat permainan video?

Sohor Kini