Skip to main content

Microsoft hari ini mengumumkan pengurangan pekerja dibawah bahagian permainan Microsoft Gaming, memberikan impak kepada sekitar 650 pekerja. Microsoft menyatakan pekerja yang terkesan kebanyakkannya adalah pada bahagian korporat dan sokongan.

Microsoft mengatakan mengambil langkah ini dalam memastikan kelangsungan jangka masa panjang bagi perniagaan mereka. Pekerja yang terkesan bukan sahaja di Amerika Syarikat, tetapi turut melibatkan pekerja Microsoft Gaming di negara-negara lain.

Pada masa yang sama, gergasi perkomputeran berkenaan turut memaklumkan tiada sebarang permainan, peranti atau pengalaman yang dibatalkan, selain tiada sebarang studio yang ditutup disebabkan pengurangan pekerja ini.

Leave a Reply