Kerajaan Arab Saudi melalui entiti Savvy Gaming yang merupakan subsidiari kepada Dana Pelaburan Awam bagi negara tersebut telah membuat pelaburan sebanyak $1 bilion untuk mendapatkan pegangan sebanyak 8.1% di dalam Embracer Group menjadikan mereka sebagai pemilik kedua terbesar di dalam syarikat tersebut. (dilaporkan oleh VGC)

Embracer Group sejak beberapa tahun yang lepas telah mengambil-alih pelbagai studio-studio permainan video antara studio di bawah mereka adalah THQ Nordic, Saber Interactive, Koch Media, Gearbox Entertainment dan Coffee Stain Holding.

Menurut pengasas dan juga CEO untuk Embracer Group Lars Wingefors, pelaburan oleh Savvy Gaming ini akan membantu mereka untuk memperkukuhkan kedudukan di dalam industri permainan video dan mengembangkan lagi penawaran mereka di rantau Timur Tengah dan Afrika Utara.

Selain Embracer Group, Arab Saudi juga telah melakukan beberapa pelaburan lain yang berkait dengan permainan video seperti;

Sohor Kini