Savvy Gaming Group telah dilaporkan akan mengambil alih ESL dan juga FACEIT iaitu antara penganjur utama untuk kejohanan esukan. ESL dan FACEIT terkenal dengan penganjuran kejohanan untuk permainan Counter Strike: Global Offensive.

Pengambil-alihan ini dikatakan akan bernilai $1.5 bilion dan masih lagi menantikan kebenaran daripada pihak berkuasa. Savvy Gaming Group merupakan satu organisasi yang membuat pelaburan di dalam industri permainan video dan juga esukan, pelabur utama mereka adalah Dana Pelaburan Awam Arab Saudi.

Selepas pengambil alihan ini selesai, kedua-dua organisasi akan digabungkan menjadi ESL FACEIT, yang akan turut disertai oleh Dreamhack yang bergabung dengan ESL pada tahun 2020.

Sohor Kini