Arab Saudi Membuat Pelaburan Pada Capcom Dan Nexon

Arab Saudi melalui dana pelaburan negara mereka kini telah membuat pelaburan pada dua syarikat memfokuskan permainan video, iaitu Capcom dan juga Nexon.

Capcom sedia terkenal dengan penawaran permainan seperti Street Fighter, Resident Evil, Monster Hunter dan sebagainya, sementara Nexon lebih memfokuskan kepada permainan atas talian.

Arab Saudi dilihat melabur lebih $1 bilion untuk pegangan pada kedua-dua syarikat permainan ini.

Sebelum ini, Arab Saudi turut telah membuat pelaburan pada syarikat permainan seperti Activision Blizzard, Electronic Arts dan juga Take-Two. Dengan pengambil-alihan Activision Blizzard, kini mereka mempunyai dana tambahan dan keuntungan untuk terus membuat pelaburan pada syarikat-syarikat lain.

Sohor Kini