Blumhouse Productions dan Atomic Monster akan bergabung menjadi satu entiti produksi kandungan seram gergasi Amerika Syarikat. Setakat ini mereka telah pun mempunyai filem bersama-sama iaitu M3GAN dan disahkan akan mempunyai sekuel pada tahun 2025 nanti.
Baca – Ulasan – M3GAN
Filem kedua kerjasama dua studio ini adalah Night Swim lakonan Wyatt Russell. Dengan The Conjuring Universe yang mungkin akan tamat, James Wan ingin fokus kepada membina mesta filem seram lain bersama Jason Blum.
Baru-baru ini di CinemaCon Jason Blum menyatakan filem M3GAN dan The Black Phone adalah contoh filem yang boleh menjadi mesta filem seram mereka dan dua filem ini adalah contoh untuk dikembangkan kepada satu francais berjaya.
Kedua-dua filem ini juga adalah antara filem seram yang berjaya. The Black Phone hanya mempunyai bajet belasan juta USD dan menerima kutipan lebih $160 juta. Sementara M3GAN dengan bajet $12 juta berjaya mengutip lebih $176 juta.
Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut mengenai francais filem seram mereka.
Baca – Ulasan The Black Phone – Cerita Seram Yang Tiada Kepuasan