Treler M3GAN Versi Tidak Dipotong Dipertontonkan

M3GAN adalah filem seram gaya baru oleh Blumhouse dan Atomic Monster yang bekerjasama dengan Universal Pictures. Filem ini dirakam sebagai filem yang ngeri dan ganas, tetapi disunting menjadi PG13 untuk ditonton oleh lebih ramai orang.

Tetapi, seperti yang dilaporkan sebelum ini versi ganas turut akan dikeluarkan. Pada awal pengumuman, versi ganas atau unrated ini dikatakan hanya eksklusif untuk Peacock sahaja. Kini Universal kongsi treler memberitahu yang M3GAN UNRAT3D VERSION turut akan tiba dalam bentuk digital.

Baca: Ulasan – M3GAN

Pada 24 Februari nanti, filem ini akan disiarkan di Peacock dan juga boleh disewa atau beli melalui platform seperti Google TV, Apple TV dan banyak lagi. Manakala versi Blu-ray akan diperkenalkan pada 21 Mac akan datang.

M3GAN UNRAT3D VERSION dikatakan mempunyai durasi sama dengan versi tayangan di pawagam iaitu 1 jam 42 minit. Buat masa ini, penawaran versi digital hanya terhad di negara terpilih sahaja seperti Amerika Syarikat dan masih tidak tahu bilakan filem ini boleh diakses di Malaysia.

Sohor Kini