M3GAN 2.0 Diumumkan Secara Rasmi – Tiba Tahun 2025

Atomic Monster dan Blumhouse telah mengumumkan secara rasmi yang M3GAN 2.0 iaitu filem susulan untuk M3GAN yang mula ditayangkan pada bulan ini akan dikeluarkan pada 17 Januari 2025 dengan Alison Williams dan Violet McGraw disahkan akan kembali sebagai pelakon.

Gerard Johnstone iaitu pengarah untuk filem pertama buat masa ini tidak disahkan lagi akan kembali akan tetapi penerbit berharap untuk dapatkan perkhidmatan beliau sekali bagi filem kedua ini.

Dengan kejayaan filem ini di box office, tidak mengejutkan ia menerima filem susulan, sebelum ini juga dilaporkan yang M3GAN juga akan menerima versi yang lebih ganas kemungkinan untuk versi digital yang akan mula dipasarkan pada 24 Januari.

Sohor Kini