The Conjuring adalah antara francais filem seram yang paling popular dan juga antara yang paling menguntungkan. Ia adalah IP di bawah studio James Wan iaitu Atomic Monster dan turut mempunyai dunia tersendiri, The Conjuring Universe yang kini mempunyai lapan filem.

Filem-filem ini adalah tiga The Conjuring, 3 Annabelle, satu The Nun dan satu La Llorona. Filem sekuel The Nun dan The Conjuring 4 kini dalam pembangunan dan Collider melaporkan Conjuring 4 mungkin filem terakhir dalam francais ini.

The Conjuring 4 juga mungkin akan tiba lebih lewat daripada yang dijangka, kerana James Wan ingin mengambil masa untuk menyampaikan kisah Warren yang lebih baik.

Antara sebab francais The Conjuring dan mungkin The Conjuring Universe akan tamat adalah kerana, Peter Safran tidak lagi terlibat dengan James Wan selepas menjayakan banyak filem seram beliau kerana sibuk dengan DC Studios dan DC Universe. Kemudian, James Wan juga dalam perbincangan untuk menggabungkan Atomic Monster dan Blumhouse bersama Jason Blum bagi mencipta satu syarikat produksi yang memfokuskan kandungan seram.

Sohor Kini