Selepas M3GAN, Atomic Monster dan Blumhouse bakal hadir dengan satu lagi filem seram baharu – Night Swim. Filem ini dikatakan adalah filem seram adikodrati (supernatural).
Filem ini akan diarah dan ditulis oleh Bryce McGuire, iaitu pencipta filem yang terkenal dengan banyak filem seram pendek. Night Swim adalah filem penuh yang diadaptasi dari filem pendek beliau dengan judul sama.
Night Swim mengisahkan kolam renang yang mempunyai sumber ketakutan yang tersorok. Jika filem pendek beliau yang dikeluarkan pada tahun 2014, ia memfokuskan seorang yang sedang berenang dan diperhatikan dalam keadaan yang mengerikan. Filem ini hanya akan memulakan penggambaran pada 19 Januari nanti untuk ditayangkan pada tahun 2024.
Wyatt Russell dan Kerry Condon adalah antara pelakon utama bagi filem ini. Sama-sama kita nantikan maklumat lanjut akan datang.