DC Universe Akan Fokus Kepada Satu Batman Sahaja

Setakat ini, DC mempunyai empat Batman aksi nyata yang masih aktif. Pertama adalah Robert Pattinson dalam filem The Batman (turut akan ada sekuel), kedua adalah Ben Affleck yang akan muncul dalam Aquaman 2, ketiga adalah Michael Keaton yang akan berada dalam filem The Flash dan Bruce Wayne muda dalam filem The Joker yang tiada siapa tahu masa hadapannya bagaimana.

Dengan James Gunn dan Peter Safran mengetuai DC Studios untuk membangunkan DC Universe, mereka akan memberi lebih fokus memastikan dunia DC ini stabil dan tidak lagi serabut. Antara idea untuk menjayakan DCU adalah perancangan 10 tahun untuk filem yang berkualiti.

DC tidak akan mempunyai empat Batman, tetapi akan mempunyai satu sebagai fokus. Dari siri TV, ke filem dan animasi semuanya nanti akan berkait antara satu sama lain. James Gunn kini sedang sibuk menulis skrip filem DC baharu, sementara Peter Safran dikatakan sedang membaiki Aquaman (tidak pasti apa?).

Selain Batman, Superman turut akan menjadi fokus dengan sudah 13 tahun tiada filem solo. Henry Cavill pun sudah disahkan akan kembali sebagai Superman dan besar kemungkinan akan terlibat dengan Man of Steel 2.

Sohor Kini