Skip to main content

Minggu ini, Warner Bros. Discovery membatalkan banyak projek seperti filem-filem DC, animasi dan banyak lagi sebagai satu strategi baharu untuk jimat bajet. Ramai tidak tahu kenapa sehinggalah hari ini, di mana mereka mengumumkan strategi baharu untuk kandungan-kandungan daripada studio mereka.

HBO Max dan Discovery+ akan digabungkan menjadi satu platform penstriman sebagai satu hab hiburan yang menyertakan semua genre dan jenis kandungan.

Kemudian untuk filem-filem DC yang banyak dibatalkan ini, mereka kini memberitahu dunia DC akan diolah semula. Warner Bros. Discovery akan mempunyai rancangan 10 tahun untuk fokus kepada dunia filem DC. Mereka akan mengikut strategi Disney yang menjayakan banyak projek dunia MCU.

Alan Horn itiu bekas ketua pegawai kreatif Disney yang bekerjasama dengan CEO Disney iaitu Bob Iger dan juga Kevin Feigi telah menjadi penasihat kepada CEO Warner Bros. Disocvery – David Zaslav. David yakin rancangan mereka ini mampu mengukuhkan lagi DC dan mereka akan beri fokus kepada kualiti.

Mereka juga tidak akan mengeluarkan filem yang belum siap, atau hanya untuk mengutip keutungan dan hanya akan keluarkan filem jika filem tersebut diyakini baik dan boleh diterima orang ramai.

DC mempunyai watak ikonik yang ramai kenal seperti Superman, Wonder Woman, Batman dan Aquaman. Watak-watak ini akan ada peluang yang cerah untuk masa hadapan mereka. Filem-filem akan datang mereka adalah Black AdamShazam! Fury of the Gods, dan The Flash yang mana mereka sedang beri fokus untuk pastikan filem-filem ini boleh berjaya.

Leave a Reply