Aquaman akan kembali beraksi dalam sekuel, iaitu Aquaman and the Lost Kingdom yang dijadualkan untuk ditayangkan pada Mac 2023 akan datang. Filem ini akan melibatkan Black Manta lakonan Yahya AbdulMateen II yang akan cuba membalas dendam terhadap Aquaman.

Jalan cerita penuh untuk filem masih tidak jelas, tetapi ramai pelakon daripada filem pertama akan kembali. Patrick Wilson, Amber Heard dan ramai lagi akan kembali memainkan watak masing-masing. Filem ini dikatakan akan mempunyai penceritaan yang lebih serius. Menurut James Wan, filem ini akan mengambil inspirasi daripada filem seram sains fiksyen Itali Planet of the Vampires yang dikeluarkan pada tahu 1965.

Terkini, Deadline melaporkan yang Ben Affleck akan kembali sebagai Batman/Bruce Wayne dalam filem Aquaman and the Lost Kingdom. Namun, tidak pasti lagi apakah yang beliau akan lakukan sama ada peranan penting atau hanya penampilan khas. Sama-sama kita nantikan.

Sohor Kini