Skip to main content

James Gunn iaitu individu di sebalik filem The Suicide Squad, siri TV Peacemaker atau trilogi Guardians of The Galaxy kini dilaporkan sedang dalam perbincangan bersama Warner Bros. Discovery untuk satu atau lebih filem misteri DC. Filem beliau akan diterbit oleh Peter Safran yang meneruskan kerjaya beliau selepas menjadi penerbit dalam Shazam! dan Aquaman bersama setiap sekuel untuk dua filem ini.

Bukan itu sahaja, sumber turut melaporkan yang Warner Bros. Discovery dengan CEO David Zaslav serta ketua Warner Bros. Pictures Michael De Luca dan Pam Abdy ingin Hnery Cavill kembali sebagai Superman – berbeza dengan Warner Bros. sebelum ini. Filem Man of Steel 2 dikatakan sedang dibangunkan dengan penerbit Charles Roven yang sedang mencari penulis. Antara calon adalah Christopher McQuarrie iaitu penulis beberapa filem Mission Impossible termasuk Fallout dengan Cavill.

Filem baharu Superman ini besar kemungkinan akan melibatkan Dwayne Johnson sekali iaitu bintang untuk filem anti-hero baharu Black Adam. Beliau berhasrat untuk mempunyai filem yang memfokuskan pertempuran antara Black Adam dan Superman. Jika WBD setuju projek ini mungkin akan diteruskan kerana kedua-dua Johnson dan Cavill diwakili oleh Dany Garcia antara penerbit di studio Seven Bucks Production – studio Johnson sendiri.

Leave a Reply