Kemaskini: Brooks Barnes yang menjadi sumber kepada ura-ura mengenai Michael Keaton telah membuat kenyataan yang beliau sekadar merujuk kepada penglibatan Michael Keaton di dalam The Flash, tiada pengesahakan mengenai projek lain selain filem tersebut termasuk juga sama ada beliau akan menjadi “Batman yang utama”.


Michael Keaton sah akan kembali sebagai Batman dalam filem The Flash. Menurut laporan sebelum ini, Ben Affleck adalah Batman di dunia asal DCEU dan akan membantu The Flash, manakala Michael Keaton adalah Batman dari dunia lain yang akan membantu The Flash mengharungi masalah yang muncul disebabkan Flashpoint.

Ini adalah perkara yang menarik untuk lihat konsep multiverse dalam filem. Selama ini, rentas-dunia DC hanya berlaku di siri TV Arrowverse. Terkini, Michael Keaton dikatakan bukan sahaja akan membantu The Flash – tetapi adalah Batman utama dalam dunia DC bagi menggantikan Ben Affleck. Tiada informasi lain mengenai adakah Michael Keaton akan muncul dalam filem DC lain sebagai Batman.

Tetapi jika Michael Keaton adalah pengganti Ben Affleck sebagai Batman, dengan usia tua sebegini – ramai inginkan Warner Bros. hadir dengan filem aksi nyata Batman Beyond. Di mana dalam animasi, Batman Beyond adalah kisah Terry McGinnis menjadi Batman baru di bawah didikan Batman/Bruce Wayne yang sudah tua.

Sohor Kini